Ia bertujuan untuk memajukan Negeri Sabah dan serentak dengan perlancaran pelan tersebut, 13 Memorandum of Understanding(MoU) telah ditandatangani bersama syarikat yang berasal daripada Jepun, Amerika Syarikat dan China.
Ianya terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
1) Projek Infrastruktur
2) Projek Perlancongan
3) Sektor Pembuatan
Kemudahan lapangan terbang antarabangsa untuk sektor perlancongan |
Pembinaan Jejambat Di KK |
Projek yang akan dilaksanakan di bawah SDC(Sabah Development Corridor) ialah:
- Pembangunan dan promosi pasaran MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran)
- Pembinaan stesen pusat kereta api
- Penubuhan kemudahan pukal dalam kelompok perindustrian minyak sawit di Lahad Datu
- Pembangunan tebingan Kota Kinabalu
- Penubuhan kemudahan pendaratan ikan moden di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.
- Pembangunan ekoperlancongan dan kesihatan/perubatan
- Pembangunan kondomininum mewah dan hotel lima dan enam bintang
- Pembangunan pusat-pusat perlancongan
Hutan Simpan Ulu Segama
Hutan Simpan Ulu Segama akan dimajukan sebagai kawasan eko pelancongan moden. Sime Darby Berhad akan menyumbang RM25 juta bagi tempoh 10 tahun bagi pemeliharaan dan pemuliharaan Hutan Simpan Ulu Segama. 4500 spesies orang utan di situ akan lebih terjamin daripada pupus dan dapat menarik pelanccong tempatan dan asing. Sime Darby yang bertumpu kepada perladangan kelapa sawit akan memulihkan 160,000 hektar hutan di Ulu Segama. [1]
Hasil pelancongan akan meningkat kepada RM48.5 bilion menjelang 2025 daripada hanya RM2.88 bilion pada 2006.
Sektor pembuatan
Projek kelompok perindustrian minyak sawit (Sawit POIC). Sawit Kinabalu akan lebih ekonomikal jika bergabung dengan Sime Darby Plantation Sdn Bhd untuk melaksanakan projek Sawit POIC.
- Pengeluaran minyak jatropha (jarak) bagi bahan bakar biodiesel. Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB), Nihon Biotech Inch dari Jepun, Kelana Stabil Sdn Bhd dan TKM Resources Sdn Bhd akan mengeluarkankan minyak jarak yang akan dieksport ke Jepun, AS dan Korea Selatan.
228,708 pekerjaan menjelang 2025 akan diwujudkan. Kini hanya 135,000 orang bekerja dalam sektor pembuatan.
Jalan Raya daripada Kota Kinabalu ke Kudat (aka Ulu Kukut) |
Sektor pertanian
- Projek agropelancongan, pembangunan akuakultur di Teluk Darvell, Lahad Datu dan penyelidikan dan pembangunan pokok jarak.
Keluaran negara kasar akan neningkat kepada RM17 bilion menjelang 2025 daripada RM4.1 bilion pada tahun 2005. [2]
No comments:
Post a Comment