Wednesday, January 28, 2015

Koridor Pembangunan Sabah

Koridor Pembangunan Sabah telah dilancarkan pada 29 Januari 2008 di Pelabuhan Kontena, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Ia bertujuan untuk memajukan Negeri Sabah dan serentak dengan perlancaran pelan tersebut, 13 Memorandum of Understanding(MoU) telah ditandatangani bersama syarikat yang berasal daripada Jepun, Amerika Syarikat dan China.

Ianya terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
1) Projek Infrastruktur
2) Projek Perlancongan
3) Sektor Pembuatan
Kemudahan lapangan terbang antarabangsa untuk sektor perlancongan

Pembinaan Jejambat Di KK
Projek Infrastruktur
Projek yang akan dilaksanakan di bawah SDC(Sabah Development Corridor) ialah:
  • Pembangunan dan promosi pasaran MICE (mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran)
  • Pembinaan stesen pusat kereta api
  • Penubuhan kemudahan pukal dalam kelompok perindustrian minyak sawit di Lahad Datu
  • Pembangunan tebingan Kota Kinabalu
  • Penubuhan kemudahan pendaratan ikan moden di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.

Visi dan Misi SDC

Antara Pusat Tarikan Pelancong yang dimajukan

Projek Perlancongan

  • Pembangunan ekoperlancongan dan kesihatan/perubatan
  • Pembangunan kondomininum mewah dan hotel lima dan enam bintang
  • Pembangunan pusat-pusat perlancongan

Hutan Simpan Ulu Segama

Hutan Simpan Ulu Segama akan dimajukan sebagai kawasan eko pelancongan moden. Sime Darby Berhad akan menyumbang RM25 juta bagi tempoh 10 tahun bagi pemeliharaan dan pemuliharaan Hutan Simpan Ulu Segama. 4500 spesies orang utan di situ akan lebih terjamin daripada pupus dan dapat menarik pelanccong tempatan dan asing. Sime Darby yang bertumpu kepada perladangan kelapa sawit akan memulihkan 160,000 hektar hutan di Ulu Segama. [1]
Hasil pelancongan akan meningkat kepada RM48.5 bilion menjelang 2025 daripada hanya RM2.88 bilion pada 2006.

Sektor pembuatan

Projek kelompok perindustrian minyak sawit (Sawit POIC). Sawit Kinabalu akan lebih ekonomikal jika bergabung dengan Sime Darby Plantation Sdn Bhd untuk melaksanakan projek Sawit POIC.

  • Pengeluaran minyak jatropha (jarak) bagi bahan bakar biodiesel. Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB), Nihon Biotech Inch dari Jepun, Kelana Stabil Sdn Bhd dan TKM Resources Sdn Bhd akan mengeluarkankan minyak jarak yang akan dieksport ke Jepun, AS dan Korea Selatan.
228,708 pekerjaan menjelang 2025 akan diwujudkan. Kini hanya 135,000 orang bekerja dalam sektor pembuatan.
Jalan Raya daripada Kota Kinabalu ke Kudat (aka Ulu Kukut)

Sektor pertanian

  • Projek agropelancongan, pembangunan akuakultur di Teluk Darvell, Lahad Datu dan penyelidikan dan pembangunan pokok jarak.
Keluaran negara kasar akan neningkat kepada RM17 bilion menjelang 2025 daripada RM4.1 bilion pada tahun 2005. [2]

Saturday, January 3, 2015

Pengenalan dan Latar Belakang Pembangunan Sabah


Negeri Sabah merupakan salah satu negeri yang terdapat di dalam Malaysia. Pada mulanya, negeri Sabah ini dikenali secara rasminya sebagai Borneo Utara dan berada di dalam pemerintahan Kesultanan Brunei di sebelah barat dan juga Kesultanan Sulu di sebelah Timur. Ianya disewa selama 10 Tahun oleh American Trading Company yang diketuai J.W. Torrey dan T.B. Harris yang telah gagal untuk membangunkan penempatan di daerah Kimanis. Dengan hampir tamatnya tempoh sewaan, ATC telah menjual haknya kepada seorang konsul Austrian-Hungary yang bernama Baron Von Gustavus Von Overbeck. Von Overbeck telah meminta bantuan kewangan daripada syarikat Dent Brothers - Alfred dan Edward untuk menampung perbelanjaan yang dirancang untuk Borneo Utara.

Sandakan, Sebelum WW2

Von Overbeck kemudiannya menyerahkan hak-hak syarikatnya kepada Alfred Dent, dan telah tertubuhnya Syarikat Borneo Utara British(SBUB). SBUB amat berminat dengan wilayah yang berada dalam jagaan kesultanan Sulu dan telah membuat perjanjian untuk mengambil alih wilayah tersebut dengan memberikan bantuan pertahanan menentang Tentera Sepanyol yang mula bertapak di Filipina serta recession money ataupun sebagai bayaran sewaan kepada Kesultanan Sulu.

KK Old School
Pada tahun 1885, Protokol Madrid telah dimeterai antara kerajaan British, Jerman dan juga sepanyol untuk mengiktiraf kedaulatan Sepanyol di kepulauan Sulu dan pengaruh Sepanyol hanya terhad di kawasan tersebut. Ketiga-tiga negara juga telah bersetuju untuk berdagang dengan sesama sendiri tanpa sebarang sekatan di rantau tersebut.

Pada tahun 1888, SBUB telah mendapat piagam daripada kerajaan British dan secara rasminya telah menjadi negeri di bawah naungan British dan pertahanan Borneo Utara terletak pada kerajaan British. Dalam tempoh pemerintahan Syarikat ini, terdapat banyak pembangunan yang giat dilaksanakan oleh SBUB.

Selepas Perang Dunia Kedua, SBUB tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk memajukan semula Sabah dan telah diserahkan kepada Kerajaan British pada 15 Julai 1946. Bandar Sandakan yang dahulunya merupakan ibu negeri bagi Sabah telah dipindahkan ke Jesselton kerana telah musnah teruk akibat peperangan. British mula memberikan tumpuan untuk memajukan dan membangunkan Sabah.

Dan setelah termeterainya perjanjian Malaysia pada 16 September 1963, Sabah kini giat dimajukan untuk menjadi salah sebuah sumber pendapatan negara samada dari sektor perlancongan, pertanian, perikanan, industri ataupun sumber minyak dan gas. Oleh itu, kita seharusnya bersyukur akan hakikat bahawa Sabah masih menjadi salah sebuah negeri yang penting di dalam Malaysia.