Tuesday, February 24, 2015

Kesimpulan


Kesimpulan daripada kajian kami:

Pembangunan di Sabah adalah penting untuk masyarakat tempatan mempunyai daya saing yang tinggi setara dengan negeri lain di Malaysia. Selain itu, pembangunan juga untuk meningkatkan taraf hidup bagi penduduk Sabah seiring dengan wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, untuk memberikan keselasaan kepada penduduk di Sabah serta memajukan ekonomi negara kerana Sabah sememangnya berpotensi untuk menjadi sebuah negeri tarikan pelancong.

Namun, pembangunan juga mempunyai kesan yang buruk, iaitu meningkatkan penerokaan tanah dan penebangan hutan serta bukit, lantas memberikan kesan geologi terhadap alam sekitar. Pembangunan juga memerlukan sumber tenaga buruh kasar yang banyak, mendorong kepada kemasukan pekerja asing yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

 Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu faham serta bijak menyeimbangkan antara pembangunan serta pemeliharaan alam sekitar bagi menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri yang mampu untuk bersaing dengan negeri lain di Malaysia bukan sahaja dari segi kepakaran, tetapi juga kemudahan infrastruktur serta sumber manusia yang intelek.

Kesan Pembangunan Terhadap Masyarakat Tempatan

Kesan Pembangunan Terhadap Masyarakat Tempatan
Antara kesan-kesan yang dapat dilihat terhadap masyarakat tempatan:

Peningkatan Taraf Hidup
Penduduk tempatan dapat menikmati Taraf Hidup tinggi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur disediakan seperti jalanraya, jambatan, jejantas mahupun hab pengangkutan awam dan dapat mencapai status negra maju seiring dengan wawasan 2020.

Pembinaan kemudahan Infrastruktur seperti stadium, lapangan terbang serta kemudahan jalanraya dll.


Peningkatan Aktiviti Ekonomi
Pembangunan juga dapat membantu meningkatkan aktiviti Ekonomi di Sabah. Hal ini kerana, kemudahan infrastruktur dapat menarik minat pelabur ke Sabah. Sebagai contoh, pusat membeli-belah serta kemudahan pelabuhan yang disediakan.
STD, Sabah Trade Center
Peningkatan Populasi Penduduk
Umum mengetahui bahawa pembangunan sesebuah negeri adalah seiring dengan peningkatan populasi penduduk. Hal ini kerana, peningkatan terhadap populasi penduduk merupakan teras terhadap proses urbanisasi yang membawa kepada pembangunan. Contohnya Bandar Kota Kinabalu, di mana ianya hanya dikenali sebagai pekan Jesselton pada abad ke 19 dan telah berubah menjadi salah sebuah bandar terbesar di Malaysia.

Penerokaan Tanah Meningkat
Kesan pembangunan di Sabah bakal menjejaskan habitat flora dan fauna yang sekian lama menjadi lambang bagi negeri di bawah bayu ini. Hal ini kerana, hutan bakal diteroka dan ditebang untuk memberi ruang bagi tapak pembinaan bagi projek-projek infrastruktur. Ini bakal mengakibatkan Sabah kehilangan identitinya sebagai negeri Malaysia yang kaya dengan spesis-spesis tumbuhan serta haiwan yang unik dan Malaysia bakal kehilangan salah sebuah negeri tarikan pelancong sekiranya hal ini tidak di kawal.

Penerokaan Hutan
Peningkatan Arus Trafik
Dengan pembangunan yang giat berlaku di Sabah, maka tidak mustahil bagi pasaran kenderaan peribadi meningkat. Hal ini kerana pasaran yang luas di Sabah dan secara tidak langsung memberikan dengan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan peningkatan kadar kemalangan.

Jerebu dan Gas Toksik
Berikutan dengan peningkatan arus trafik, maka kandungan gas hasil daripada pembakaran bahan bakar kenderaan akan meningkat serta memberikan kesan terhadap alam sekitar seperti Jerebu, hujan asid serta penyakit kronik seperti kanser paru-paru, ketarak mata dan lain-lain.
Jerebu mendatangkan Mudarat kepada kesihatan;
Secara langsung ataupun tidak.